Friday 27 February 2015

Rawatlah Hati Yang Terluka


Assalamualaikum semua dan hai!! Semoga semua berada dalam sihat sejahtera...

Disebabkan sekarang ada masa dan ruang...so, Ell pun tulislah entri ini..sebenarnya tak ada idea nak 
tulis apa tapi..terus taip sahaja, mana tau tiba-tiba datang idea ke..


Okey..sekarang dah ada idea yang terlintas ;) Ell nak share something dengan kau orang semua yang membaca..mungkin ada yang dah tau atau pernah terbaca tentang apa yang Ell akan kongsikan nanti..


Kadang-kadang perkara yang kecil dan remeh yang kita selalu tak hiraukanlah akan menjadi perkara yang besar dan kemungkinan menjadi masalah kepda diri kita..apakah dia?  Banyak sebenarnya..tapi untuk kali ini tentang hati..daripada entri sebelum ini pun Ell buat entri tentang luahan hati Ell sendiri..

Dalam beberapa hari ini, sejak beberapa hari yang lepas..Ell banyak kali rasa tersentap. Tak pasti puncanya apa..cuma kalau nak salahkan orang lain pun tak patut..kalau Ell dah dapat tau apa puncanya pun Ell tak nak share di sini sebab tak semua cerita boleh share kan? Yupp..Ell tau mesti ada yang setuju dengan apa yang cakap ini..:)

Ell tau dan yakin 100% , mesti  korang pernah rasa hati terluka..cuma bezanya mengikut situasi dan sedalam mana hatinya terluka. Betul tak? So, disebabkan sekarang pun Ell sedang merawat hati yang terluka..Ell nak share cara-cara untuk merawat hati yang terluka. Ell ada terbaca di majalah dan apa yang Ell tau..

1. MENGAKUI REALITI
       
      Kita harus menerima hakikat bahawa kita sedang melalui situai tersebut dengan hati yang terbuka. Yakin dengan apa yang dilalui ini pasti ada jalan penyelesaian. Jika tidak menemui jalan penyelesaian dan dengan menerima hakikat itulah jalan yang terakhir,maka terima sahaja.Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari manusia.Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.Kita sebagai hamba-Nya harus terus bersabar dan tabahkan hati untuk melalui segala dugaan.

2. MENANGIS SEPUAS HATI

      Kaum wanita sangat sinonim dengan air mata. Selalunya kaum wanita yang akan menangis apabila hatinya rasa tidak tertanggung segala masalah yang dia hadapi.Tetapi tidak  bermakna dengan menangis itu menunjukkan bahawa kaum wanita itu lemah.Allah jadikan wanita sebegini kerana ada sebabnya sendiri.Menangislah sepuas hati jika ia mampu membantu untuk menanggung segala rasa hati.Tetapi jangan biarkan emosi itu menguasai hati dan fikiran kita.Selepas itu,kita harus BANGKIT! Masih banyak perkara lain yang harus kita lakukan selain melayan perasaan ini yang pastinya tiada jalan akhirnya.

3. SIBUKKAN DIRI SENDIRI

      Apa pun masalah yang kita hadapi dengan menyibukkan diri sendiri adalah cara yang sangat terbukti berkesan.Lakukanlah aktiviti harian kita seperti biasa atau luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah bersama dengan keluarga atau pun rakan.Jangan biarkan diri mempunyai ruang waktu yang kosong dengan bersendirian kerana kita pasti akan terkenangkan masalah tersebut dan akhirnya perasaan sedih itu pasti akan kembali.Akhirnya,tanpa kita sedari kita telah lalui hidup kita daripada pagi sampailah malam tanpa memikairkan masalah tersebut.


4. CARI BAHAN LAWAK

      Carilah bahan lawak yang boleh membuat kita tersenyum atau ketawa seperti komik,menonton rancangan yang lawak di televisyen atau berbual-bual bersama rakan tentang sesuatu isu yang kelakar.Sebenarnya, bergelak ketawa bersama dengan rakan atau disebabkan perkara-perkara yang lucu adalah penawar yang semula jadi untuk merawat hati yang terluka.

5. BERKONGSI MASALAH

     Kita disyorkan untuk berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja yang boleh kita percayai.Contohnya sahabat yang rapat dan boleh memahami masalah yang kita hadapi.Seelok-eloknya biarlah sahabat atau teman yang sama jantinanya,jika tidak pasti akan timbul fitnah dan syak wasangka daripada sesiapa.Selain itu, sudah tentunya keluarga kita sendiri tetapi jika tidak mahu mereka rasa susah hati,janganlah bercerita.Cara ini juga dapat membantu untuk meredakan hati kita yang sedang sedih ini.

6. BERDOA

       Perkara yang paling penting sekali dalam hidup kita ialah berdoa.Untuk pengetahuan semua bahawa doa merupakan senjata bagi orang Islam.Maka, berdoalah kepada Allah memohon pertolongan dan meminta agar dipermudahkan dalam segala urusan, ditenangkan hati ini supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa mengingat kembali peristiwa yang menyedihkan itu.


So,itulah antara cara-cara yang Ell kongsikan untuk semua..mungkin kau orang ada lagi cara-cara yang lain yang Ell tak tahu..so, DON'T GIVE UP!!
Itu sahaja untuk entri kali ini..tak tahulah bila lagi dapat bersua lagi di sini..maafkan segala salah dan silap sepanjang entri ini ditulis. Bye..Assalamualaikum.. :):):)