Sunday 28 June 2015

It's Fasting Day



Assalamualaikum semua dan selamat sejatera...semoga semua sihat belaka.. ;))

Hari ini  Ell rasa masih belum terlambat untuk Ell ucapkan salam Ramadan kepada seluruh umat Islam di dunia ini.. Inilah bulan yang dinantikan oleh semua muslim dan muslimah. Oleh itu, kita kenalah bijak untuk gunakan peluang yang ada ini untuk dapatkan gaji lebih atau bonus dekat akhirat nanti..


Samalah macam kita berkerja mestilah nak bonus kan?  Apa kita buat nak dapat bonus? Kerja keras..kerja lebih masa..guna duit tu untuk apa yang kita nak buat..tapi bulan ramadan ini special sebab bulan ini sahaja yang banyak peluang untuk kita topup apa yang patut..masa inilah masa yang relax dan betul-betul boleh fokus untuk buat semua amal jariah..masa bulan lain lain nanti dah busy balek buat kerja lain.


Bagi Ell normal lah kalau sebelum ini malas betul   nak gerak pergi solat awal, malas nak buat kerja, suka cakap bukan-bukan macam bual-bual kosong dekat mana-mana tempat lepak, suka marah-marah and maki orang tidak tentu fasal dan banyak lagi perkara-perkara negatif berubah menjadi positif. Daripada malas terus rajin, banyak cakap jadi kurang sikit cakap nye..macam2 ragam boleh tengok sebab masing2 semua seakan  insaf..


Tapi pelik kalau bulan puasa ini jugak tiada apa-apa perubahan...perangainya sama saje macam bulan  tak puasa..sebab semua sedia maklum bila bulan puasa syaitan dirantai, diikat..so,kita sepatutnya tiada halangan nak buat benda baik sebab tidak dihasut syaitan pun cumaa nafsu kita sahaja. Kalau buat jugak itu maknanya nafsu kita sudah kawal minda dan hati kita sendiri. So,time inilah kau orang kena belajar untuk kawal nafsu  supaya tidak mudah terpengaruh dan kekalkan serta teruskan sampai bila-bila..


Itu sahaja yang  ell nak cakap sebab tak boleh lama2 sangat nih..semoga bermanfaat untuk sesiapa yang membaca walaupun tak banyak dan biasa-biasa sahaja..semoga ell dapat menaip kat  sini lagi and tak tahu bila..sebab sibuk sangat..okay bye..Assalamualaikum semua..















Friday 27 February 2015

Rawatlah Hati Yang Terluka


Assalamualaikum semua dan hai!! Semoga semua berada dalam sihat sejahtera...

Disebabkan sekarang ada masa dan ruang...so, Ell pun tulislah entri ini..sebenarnya tak ada idea nak 
tulis apa tapi..terus taip sahaja, mana tau tiba-tiba datang idea ke..


Okey..sekarang dah ada idea yang terlintas ;) Ell nak share something dengan kau orang semua yang membaca..mungkin ada yang dah tau atau pernah terbaca tentang apa yang Ell akan kongsikan nanti..


Kadang-kadang perkara yang kecil dan remeh yang kita selalu tak hiraukanlah akan menjadi perkara yang besar dan kemungkinan menjadi masalah kepda diri kita..apakah dia?  Banyak sebenarnya..tapi untuk kali ini tentang hati..daripada entri sebelum ini pun Ell buat entri tentang luahan hati Ell sendiri..

Dalam beberapa hari ini, sejak beberapa hari yang lepas..Ell banyak kali rasa tersentap. Tak pasti puncanya apa..cuma kalau nak salahkan orang lain pun tak patut..kalau Ell dah dapat tau apa puncanya pun Ell tak nak share di sini sebab tak semua cerita boleh share kan? Yupp..Ell tau mesti ada yang setuju dengan apa yang cakap ini..:)

Ell tau dan yakin 100% , mesti  korang pernah rasa hati terluka..cuma bezanya mengikut situasi dan sedalam mana hatinya terluka. Betul tak? So, disebabkan sekarang pun Ell sedang merawat hati yang terluka..Ell nak share cara-cara untuk merawat hati yang terluka. Ell ada terbaca di majalah dan apa yang Ell tau..

1. MENGAKUI REALITI
       
      Kita harus menerima hakikat bahawa kita sedang melalui situai tersebut dengan hati yang terbuka. Yakin dengan apa yang dilalui ini pasti ada jalan penyelesaian. Jika tidak menemui jalan penyelesaian dan dengan menerima hakikat itulah jalan yang terakhir,maka terima sahaja.Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari manusia.Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.Kita sebagai hamba-Nya harus terus bersabar dan tabahkan hati untuk melalui segala dugaan.

2. MENANGIS SEPUAS HATI

      Kaum wanita sangat sinonim dengan air mata. Selalunya kaum wanita yang akan menangis apabila hatinya rasa tidak tertanggung segala masalah yang dia hadapi.Tetapi tidak  bermakna dengan menangis itu menunjukkan bahawa kaum wanita itu lemah.Allah jadikan wanita sebegini kerana ada sebabnya sendiri.Menangislah sepuas hati jika ia mampu membantu untuk menanggung segala rasa hati.Tetapi jangan biarkan emosi itu menguasai hati dan fikiran kita.Selepas itu,kita harus BANGKIT! Masih banyak perkara lain yang harus kita lakukan selain melayan perasaan ini yang pastinya tiada jalan akhirnya.

3. SIBUKKAN DIRI SENDIRI

      Apa pun masalah yang kita hadapi dengan menyibukkan diri sendiri adalah cara yang sangat terbukti berkesan.Lakukanlah aktiviti harian kita seperti biasa atau luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah bersama dengan keluarga atau pun rakan.Jangan biarkan diri mempunyai ruang waktu yang kosong dengan bersendirian kerana kita pasti akan terkenangkan masalah tersebut dan akhirnya perasaan sedih itu pasti akan kembali.Akhirnya,tanpa kita sedari kita telah lalui hidup kita daripada pagi sampailah malam tanpa memikairkan masalah tersebut.


4. CARI BAHAN LAWAK

      Carilah bahan lawak yang boleh membuat kita tersenyum atau ketawa seperti komik,menonton rancangan yang lawak di televisyen atau berbual-bual bersama rakan tentang sesuatu isu yang kelakar.Sebenarnya, bergelak ketawa bersama dengan rakan atau disebabkan perkara-perkara yang lucu adalah penawar yang semula jadi untuk merawat hati yang terluka.

5. BERKONGSI MASALAH

     Kita disyorkan untuk berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja yang boleh kita percayai.Contohnya sahabat yang rapat dan boleh memahami masalah yang kita hadapi.Seelok-eloknya biarlah sahabat atau teman yang sama jantinanya,jika tidak pasti akan timbul fitnah dan syak wasangka daripada sesiapa.Selain itu, sudah tentunya keluarga kita sendiri tetapi jika tidak mahu mereka rasa susah hati,janganlah bercerita.Cara ini juga dapat membantu untuk meredakan hati kita yang sedang sedih ini.

6. BERDOA

       Perkara yang paling penting sekali dalam hidup kita ialah berdoa.Untuk pengetahuan semua bahawa doa merupakan senjata bagi orang Islam.Maka, berdoalah kepada Allah memohon pertolongan dan meminta agar dipermudahkan dalam segala urusan, ditenangkan hati ini supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa mengingat kembali peristiwa yang menyedihkan itu.


So,itulah antara cara-cara yang Ell kongsikan untuk semua..mungkin kau orang ada lagi cara-cara yang lain yang Ell tak tahu..so, DON'T GIVE UP!!
Itu sahaja untuk entri kali ini..tak tahulah bila lagi dapat bersua lagi di sini..maafkan segala salah dan silap sepanjang entri ini ditulis. Bye..Assalamualaikum.. :):):)




Friday 30 January 2015

Luahan Hati

               Assalamualaikum semua dan hai!! Semoga semua berada dalam sihat sejahtera...


       Sepatutnya memang sudah tidak boleh lagi menaip di sini..sebab kekangan masa yang ada ini untuk study sahaja..study gila-gila untuk subjek killer...(Biologi, Kimia, Fizik, Add Math). Sepatutnya laa..
      

     Tusyen kelas pun sepatutnya dah start  minggu ni..tapi disebabkan ada hal-hal tertentu so,next week la baru start... tapi sekarang Ell tak nak cakap pasal tu..tapi nak cakap mungkin selepas ini dah tak boleh selalu sangat buka blog ini..
    
   
 So,congratulation  kepada teman seperjuangan Ell yang boleh and tahu nak divide masa untuk study and jengah2 blog dia orang..bukan setakat jengah sahaja tapi boleh tulis entri baru lagi...bukan apa, Ell lepas ini akan jarang tulis entri baru lagi..biasanya Ell akan jengah blog ini seminggu sekali..tapi selepas ini mungkin akan jadi dua minggu sekali, 3 minggu sekali atau last2 sebulan  sekali, but sebenarnya kemungkinan besar akhir tahun nanti baru buka..entah laa just wait & see jer...nak2 lagi Ell baru sahaja ada blog ini...


Dalam pada masa yang sama pun, Ell ada masalah konflik perasaan..tak tahu pulak apa puncanya.. tapi bila check betul2 masalah ini macam berpunca dari Ell sendiri tapi macam tak..Ell harap sangat kawan Ell yang selalu sudi dengar cerita Ell masih lagi nak dengar cerita Ell..tpi Ell pun tak  nak susahkan siapa2..


Macam2 masalah konflik ada..dari kawan, family and mana-mana lagi..Ell ni pulak jenis orang yang cepat sentap..tapi still lagi buat macam tak ada apa-apa terjadi..but kena   fokus belajar jugak..semuaa yang Ell tulis ini adalah luahan hati Ell..tapi yang tak terluah tu adalagi dihati ini..mana boleh semua nak diluahkan kan? Nak teruskan menaip ni pun tangan Ell dah sakit ni..harap-harap dapat bersua lagi di sini..okey..terima kasih kerana sudi melawat blog ini and baca entri ini.....Bye..
Assalamualaikum!! :)

Tuesday 6 January 2015

Selongkar

Assalamualaikum semua and hai!! Semoga semua berada dalam sihat sejahtera..

    Ada cerita yang Ell nak kongsikan..cerita ni berlaku pada 24/12/2014..(rabu). Sebelum ni Ell pergi trip to Langkawi..so,untuk mengabadikan segala kenangan sepatutnya kena ada kamera laa untuk ambik gambar. Tapi kalau guna phone Ell  memang susah sikit sebab Ell pakai phone biasa je..walaupun ada kamera tapi tak boleh ambik banyak sangat..nanti NOT ENOUGH MEMORY.. So,Ell pun pinjam laa kamera kawan ni..tapi Ell pinjam kamera yang lama punya..tak kesah la yang penting ada kamera..
    
     Ell ni pulak jenis yang cuai sikit orangnya..huhu..tak sanggup kalau hilang ke rosak ke..lepas tu kene ganti balek..arghhhh..tak sanggup..tapi Alhamdulillah..Ell dapat jaga kamera tu dangan baik sampai lah sekarang still ada lagi..So,Ell pun deal dengan kawan Ell ni bila nak pulang..tapi Ell terlupa gambarnya Ell tak cuci lagi tapi Ell tak nak cuci dulu,nak save kat pendrive je..Ell pun bagi lah memory card pada ibu,mintak tolong ibu yang save kan sebab pendrive nya pada ibu..Ell masukkan memory card tu kat dalam plastik jernih supaya senang nak simpan..

     Lepas dua,tiga hari..ibu pun pulang lah balik memory tu..Ell pun letaklah dekat atas meja tempat letak beg2 sekolah..Ell lupa nak ambik balik..So,esok pagi bila Ell tengok balek memory nya dah tak ada..pehhhhh..panik abes..cari punya cari dekat bawah meja rupanya..huuuhhhhhh..lega rasanya..tapi macam mana entah Ell boleh  letak balek dekat situ walaupun dah tahu tempat tu tak selamat..;(;(

    So,esoknya check lagi..tak ada pulak..bawah meja pun tak ada.. Ell tanya dengan adik Ell ada nampak tak memory card tu..lepas tu adik cakap "cuba tengok dekat dalam plastik sampah..mana tau ada ke.." perghhhh...sebab dia baru je lepas sapu sampah..tak kanlah sampai macam tu..tapi masalahnya sekarang plastik sampah tu ada dekat tempat  kumpul  sampah2...dah la gerimis..adoooiii..

    Ell marah adik Ell sebab tak kan lah tak perasan masa tengah sapu sampah tu..tapi Ell faham macam mana adik Ell boleh tak perasan sebab Ell ada adik2 kecik,so..plastik makanan ringan(jajan) tu memang selalu bersepah...plastik kecik ke besar ke memang ada..macam2 warna and saiz ada..
So, Ell pun suruh lah adik2 Ell yang umur 5 &7 tahun ambikan plastik sampah tu..tapi dia orang cakap tak nak pergi lagi sebab nanti kena marah dengan orang..ada lah jiran2 Ell yang marah sebab dia orang ingat budak2 ni nak main sampah..

    Ell pun merayu-rayu dengan adik ni minta tolong ambikkan balik plastik sampah tu..dia orang pun ambikkan tapi siap dengan syarat..dia orang minta tolong buatkan air sebab dia orang dah haus..Ell tak kisah yang penting ambik balik plastik sampah tu..Cuma tinggal satu plastik je yang belum check..plastik yang lain2 adik Ell dah tolong check kan..

     Ell pun teraburkan sampah2 yang ada dalam plastik tu..nasib baik sampah plastik2 je..lepas tu, at the end of the story....Ell pun jumpa lah plastik memory tu...Ell punya terkejut sampai terjerit..rasanya sederet rumah Ell tu pun boleh dengar...huhuhu...bukan apa,Ell tak sangka boleh jadi macam tu..setahu Ell, adik Ell ni jenis yang peka..kalau Ell ada barang yang hilang..dia lah yang akan tolong Ell carikan and conform akan jumpa punya...sebab dia tahu yang kakak dia ni memang jenis yang pelupa..hahaha...so,bila memory card tu hilang, Ell rasa dia mesti tahu dekat mana bendanya..tapi bagi insident ni dia bukan sengaja ea letak dekat dalam plastik sampah tu...dia tak sengaja...

     Tapi dia sempat lagi marahkan Ell ni.."CUBALAH BERSYUKUR.....kan dah jumpa bendanya...jangan lah marah2 lagi...ucap ALHAMDULILLAH...lepas tu jangan CUAI LAGI..." haaaahhhhhh....itu lah yang adik Ell cakap dekat Ell..bukan apa..Ell sebenarnya still shock lagi..ye laa..orang punya kot...itulah kisahnya..sengaja Ell besarkan huruf dekat atas tu...biar kita sama2 sedar ea...

    So,okey2...insya-allah Ell tak kan cuai lagi...Emmmmm...tapi Ell tak buat pun air yang adik kecik Ell tu mintak..siap Ell suruh dia orang masukkan balik sampah yang berterabur tu....huhuhu...tapi, adik Ell yang sapu sampah tu buatkan..huhuhu...sebab adik Ell tu memang seorang adik yang rajin...so,moral of the story..JANGAN CUAI LAGI...okey..bye..Assalamualaikum..!












Thursday 25 December 2014

First Time

Assalamualaikum semua dan hai!
Semoga awak semua berada dalam sihat sejahtera..Hari ini Ell nak kongsikan sedikit cerita Ell..Ell pernah cakap dalam entri sebelum ni yang Ell kali pertama tulis kat blog ni..tapi untuk entri kali ni bukanlah first time..hopefully enjoy reading this entry..
Cerita ni bermula lepas dapat result UPSR, Ell dapat result yang baik..so,disebabkan ibu dan ayah nak Ell kekalkan momentum dalam pelajaran.Ibu dan ayah cam ragu-ragu nak belikan laptop untuk Ell walaupun niat asalnya untuk mudahkan Ell buat keja sekolah.Mintak punya mintak sampailah sekarang tak dapat pun..penat mulut Ell ni asyik mintak tapi tak dapat2 sampai Ell tanam azam untuk kumpul duit sendiri and beli pakai duit sendiri..hermmm..macam lama lagi nak dapat..tapi tak pe..terus je kumpul duit..huhu..so,sampai sekarang jugak kalau nak buat apa2 kerja,laptop kawan laa jadi mangsa..hehe..Bukan apa..jimat duit sikit drpd nak pergi CC(cyber cafe),dah laa selalunya dimonopoli kaum lelaki kat situ..hehe..segan Ell..
So,untuk mengelakkan berlakunya perubahan yang drastik dalam diri Ell..kiranya aktiviti sosial Ell pun dikawal oleh ibu and ayah..event nak bersosial kat laman media sosial pun tak boleh..;( Ibu and ayah cakap takut Ell leka and cuai dlam pembelajaran..sedangkan handphone and earphone yang ada pada Ell pun dah buat Ell lalai..
Kadang2 rasa macam kolot pun ada..huhu..tapi Ell bangga jugak sebab Ell rasa inilah kehidupan seorang pelajar..huhu..;)kawan2 ada jugak tanya" ada FB tak?".."tak ada".."habes..cam mana aku nak contect kau..?" Ell pun bgi laa no.phone Ell..tpi tak nak pulak..Haissyhh..pelik laa..kalau ada yang ambik nombornya pun,bila Ell mesej tak rply pulak..huhu..macam kelakar pun ada...bukan tu je..e-mel pun tak ada..tapi disebabkan tuntutan kerja sekolah,so,baru sekarang ada e-mel..
So,dah nak habis sekolah ni(lebih kurang setahun lagi)niat saja je nak jugak ada laman media sosial sendiri..hehe..so,for the first time..Ell buat lah blog dulu..sebab Ell rasa banyak benda baru yang Ell dapat drpd sini..selain dapat jadikan sebagai diari kehidupan,tempat luahan perasaan..and macam2 lagi lah..
Walaupun tanpa pengetahuan ibu and ayah..risau jugak sebab ada benda yang perlu diselesaikan sbelum habes sekolah..jika ibu and ayah tahu..maafkan Ell ea,and insya-allah Ell akan buktiakn yang Ell boleh fokus belajar walaupun ada kehadiran blog dalam hidup Ell..ini pun leh jadikan sebagai pembakar semangat untuk Ell terus berjuang di medan perang(examination)huhu..
So,itulah ceritanya baru sekarang nak jinak2 ada blog sendiri..tak semua orang minat dengan dunia blog ni,so,doakan yang terbaik untuk Ell terus maju ea kawan2..maaf laa jika sepanjang entri ni ditulis ada cerita yang lari dari topik ni..Bye..Assalamualaikum!